Thursday, June 15, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Admin ucapkan kepada semua pembaca blog Laman Keluarga Hajah Lijah & Co.


Okay guys.... Dah pasti lah kan musim cuti menjelang raya ni ramai yang akan meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang tanpa penghuni. Dan kebarangkalian akan terjadi bermacam-macam perkara yang kita tidak ingini. Jadi, banyak aspek keselamatan harus dititikberatkan agar masalah tersebut tidak berlaku.

Ni pun dah nak raya. Dah Ramadhan ke-20 pun kita berpuasa. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi, ramai di antara kita akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak-saudara.Dan, di kesempatan masa yang masih ada ni, eloklah kiranya kita buat sedikit persediaan awal atau langkah berjaga-jaga sebelum berlaku perkara seperti rumah dipecah masuk dan sebagainya.

Menerusi perkongsian dari laman pihak berkuasa iaitu Polis KL, ada dikongsikan beberapa tip yang boleh kita lakukan untuk memastikan kediaman kita selamat dari menjadi tumpuan penjenayah.

Jom, ikuti perkongsian dari laman ini:-


TIPS MENCEGAH JENAYAH PECAH RUMAH

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

3. Jika ada autotimer lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.

4. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.

5. Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.

6. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.

7. Pastikan tiada barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.

8. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.

9. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.

10. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.

11. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
 
SELAMAT BERPUASA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. HATI-HATI DI JALAN RAYA.
 
Sumber:- Polis KL & Siakap Keli.

Wednesday, June 14, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terkini, diberitahu terdapat sebuah lokasi Restoran KFC sudah ada di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. Wahhhh.... Ini adalah satu perubahan dan evolusi perkembangan yang ada di situ. Dengan kemunculan Restoran KFC ini, lebih pesat lah Pekan Rantau membangun di era globalisasi ini.


Berbalik kepada realiti. Hari ini sudah pun masuk Hari Ke-19 umat Islam berpuasa. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Admin sendiri pun lama tak mengemaskini laman blog milik Laman Keluarga Hajah Lijah & Co ini. 

Bulan Ramadhan, ramailah di kalangan kita mencari lokasi berbuka puasa yang sedap dan selesa untuk nikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Memang tidak dinafikan, berbuka di rumah dengan masakan air tangan ibu itu lebih sedap. Namun, terkadang citarasa tekak kita ada juga inginkan kelainan. Jadi, tidak salah kiranya untuk berbuka di luar rumah.


BERBUKA PUASA DI KFC PEKAN RANTAU

Jalan-jalan Ramadhan Admin pada tahun ini terhenti di Restoran KFC Pekan Rantau untuk menjamu selera bagi berbuka puasa dengan rakan-rakan. Kenapa Admin memilih Restoran KFC Rantau? Masih banyak lagi lokasi KFC di tempat lain? 

Admin memilih lokasi di Rantau memandangkan ia merupakan lokasi baharu yang patut dihebahkan kepad umum agar lokasi Rantau menjadi tumpuan pelancong untuk datang ke situ. Sebuah pekan kecil tak semestinya tiada tempat menarik. Jadi, disebabkan itu lokasi Restoran KFC, Rantau menjadi Admin dan rakan-rakan untuk berbuka puasa kali ini.


Di sebalik pekan kecil Rantau ini, banyak tersimpan memori indah Admin di sini sejak kecil. Di sinilah Admin dibesarkan sehingga membawa Admin terbang jauh ke perantauan Ibu Kota. Pekan kecil yang menyimpan seribu makna dalam hidup Admin. 

Siapa kata di lokasi Rantau ini tiada tempat peranginan? Bagi pelancong yang ingin nikmati suasana kampung yang damai lebih elok kiranya singgah melancong di sini. Antara tarikan yang ada di Rantau, Negeri Sembilan ialah:-

  1. Rantau Eco Park
  2. Menginap di Homestay Laman Che' Dinnah
  3. Menginap di Homestay Linsum Longhouse
  4. Rantau Agro Park
  5. Masjid Jamek Rantau
  6. Dan banyak lagi yang mungkin Admin belum teroka.
Menarik bukan??? Di pekan kecil Rantau ini masih terdapat banyak lagi lokasi menarik yang harus anda semua kunjungi bagi menjalankan aktiviti riadah / percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tuesday, February 21, 2017

Assalamualaikum semua pembaca Blog Laman Keluarga. Didoakan semoga sihat walafiat. Alhamdulillah, bertemu kembali dalam blog ini untuk memberikan info menarik buat anda semua.
 
  
Alhamdulillah, 4 orang dari ahli Laman Keluarga Hjh Lijah & Co. telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 11 Februari 2017 yang lalu di bawah Agensi Andalusia Travel & Tours.
 
Ditemani keluarga dan sanak-saudara tersayang sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah
 
Alhamdulillah, doa termakbul secara cash di sana!
 
Tidak semena Admin di Malaysia dapat rasakan di mana doa-doa yang dikirimkan dipermudahkan segala urusan Admin di sini. Admin sangat-sangat terharu dan mengucapkan terima kasih dan syukur di atas segalanya. Dan terima kasih juga kepada Allah yang Maha Esa kerana memperkenankan doa itu.
 
 
Pengalaman Mengerjakan Umrah
 
Dek kerana bukan Admin yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, jadinya Admin tidak ada pengalaman untuk diceritakan lebih panjang di sini. Dapat Admin simpulkan di mana memang sayu hati dan seronok dapat beribadat di sana. In-shaa Allah suatu hari nanti doa Admin untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Mekah dapat jua dimiliki. Hanya dapat melihat pengalaman mereka dari gambar-gambar yang dikirimkan melalui pesanan ringkas WhatsApp, teknologi terkini yang menghubungkan antara satu sama lain walau dalam jarak yang jauh.
 

 
Melihat kaabah di gambar atas, Admin rasakan seperti Admin yang berada di situ. Alangkah gembiranya dapat melihat kaabah di hadapan mata.
 
 
Setiap detik dipenuhi dengan amalan-amalan ibadah kepada Allah. "Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk turut menjejakkan kaki ke sana jua."
 
 

 
Bahagia dirasakan dari gambar-gambar yang dikirim. Semoga Tuan Hj Razaly dan Puan Hjh Faziah serta En. Norazman dan Pn. Nurul Ain mendapat umrah yang maqbul. Semoga perjalanan umrah dan ziarah mereka di sana diredhai dan diberkati. Kami di sini menunggu kepulangan dengan berita yang gembira.



Wednesday, December 7, 2016

Assalamualaikum....

 
Laman Che' Dinnah adalah sebuah rumah kampung Melayu tradisional, berusia hampir 100 tahun, yang dipunyai oleh datuk dan nenek arwah, Hj. Udin bin Lilah, seorang guru era penjajahan, dan Che 'Minah binti Pesah. Nama "DINNAH" diambil dari gabungan nama antara kedua nama mereka. Laman Che' Dinnah terletak di Kampung Kanchong, kampung yang indah dan tenang di daerah Rantau, Negeri Sembilan, kira-kira 20 minit memandu (14 km) dari Seremban, dan 90 minit dari Kuala Lumpur (74 km).
 
Laman Che' Dinnah dibina di atas hamparan Tanah yang luas setengah ekar daripada 3 ekar Tanah keluarga. Dikelilingi oleh kebun buah-buahan dan rumah-rumah kampung menambahkan lagi ketenangan menginap di sana. Kalau dahulunya di bahagian belakang rumah, terdapat kawasan sawah padi yang terbentang luas, kini telah digantikan dengan lading kelapa sawit yang dikendalikan oleh FELCRA (Lembaga Penyatuan Tanah Persekutuan dan Pemulihan).
 
Kawasan Laman Che' Dinnah mempunyai tanaman pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, kundang, manggis, jambu merah, belimbing dan lain-lain. Di situ terdapat juga kolam ikan kecil bagi peminat pemancing untuk menjalankan aktiviti mereka.
 
 

Selain dari aktiviti memancing, anda boleh merasai naik rakit yang diperbuat daripada buluh. Memang seronok apabila sekali sekala dapat mengimbau zaman kanak-kanak kita dahulu.



Ruang bilik tidur yang tradisional, santai dan selesa untuk para pengunjung merasai bagaimana kehidupan di kampung sewaktu dahulu.

 
Santai duduk dan baring di buaian tradisional memang mengujakan dan seronok. Percutian menarik dan menenangkan di kampung memang sangat seronok dari kesibukan di kota.
 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Laman Che' Dinnah. Bersiap sedia untuk bermain air di kolam yang berdekatan selain memancing dan berakit serta bersiar menaiki truck Triton di ruang belakang sambil menikmati kawasan persekitaran kampung.

Anda juga boleh menjalankan aktiviti sukaneka tradisional seperti carom, card, congkak dan aktiviti luar seperti badminton dan sepak raga. Anda juga dapat merasai bagaimana caranya menumbuk padi (rice grain pounding) secara tradisional menggunakan alat yang dipanggil jingki.
 
 
Untuk Maklumat Lanjut:-
  
Laman Che’ Dinnah
Lot 5128, Ulu Kanchong
71200 Rantau, Negeri Sembilan
Tel : (6) 012 389 3513
Fax : 603-7783 0093

Sumber Gambar: http://www.google.com.my/ 


Tuesday, December 6, 2016

Assalamualaikum...
 
 
Linsum Longhouse merupakan unit perantaraan dalam deretan kira-kira 50 rumah kos rendah, yang hanya 1 KM dari Pekan Rantau.
 
Terletak hanya di tepi jalan ke Kampung Linsum, ia telah lama ditukar menjadi sebuah pangsapuri satu bilik, dilengkapi sepenuhnya untuk menampung 6-8 orang. Hanya 30 minit memandu dari Port Dickson dan pantai. Rumah ini terletak di pangkal sebuah ladang kelapa sawit. Masyarakat terdiri daripada kebanyakannya Melayu dan sesetengah isi rumah kaum India.
Rantau adalah sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. Terletak di antara Seremban ibu negeri dan Port Dickson. Rantau dikelilingi oleh banyak bandar-bandar kecil termasuk seperti Kuala Sawah, Siliau, Kg.Sega, Linsum, dan Ayer Kuning, menjadikannya bandar utama di rantau ini dengan kemudahan seperti bank dan pejabat pos. Tenang dan jauh dari kehidupan kota yang sibuk, Rantau adalah tempat yang sempurna untuk menikmati kehidupan percutian yang terbaik.
 
Konsep rumah yang santai dan bersih memberikan ketenangan kepada pengunjung yang bermalam di situ.
 
Ruang Makan

Bilik Tidur

Ruang Tamu

Ruang Tamu
 
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :-
 
No. 42, Rumah Rakyat
Jalan Linggi, 71200 Rantau
Negeri Sembilan
Tel. (6) 012-389 3513
Fax : 603-7783 0093
Facebook : “Homestay Savanna Senja”
 



About Laman Keluarga

My photo
Rantau, Negeri Sembilan, Malaysia
LamanKeluarga telah ditubuhkan pada 10 Februari 2009. Ia merupakan laman pertama yang siap dibina berasaskan CMS(Content Management System).

Nuffnang

Ruangan Chat

Pageviews

Iklan

Followers

Popular Posts